
Doktor komputer ingin merujuk kepada model Samsung Galaxy Note yang bersaiz tablet 8 inci. Jika ini berlaku. 1-Screen Freeze: Tekan dan tahan butang kuasa antara 10-15 saat untuk reboot. Setting – privacy – factory data reset. 2-Tidak Mengecas: Pastikan port mikro USB bersih habuk. Reboot peranti. 3-Masalah Wi-Fi: Settings – Wi-Fi – Menu – Advanced – pastikan Wi-Fi on during sleep ditetapkan kepada Always. Anda juga boleh melihat jika Wi-Fi Timer dibuka dan semak alamat IP di sana. 4-Cas Terlalu Lama: Tempoh cas sepatutnya 2-3 jam untuk penuh. Jika terlalu lama, ia mungkin masalah bateri atau pun perisian. Selepas reboot masih bermasalah, ia mungkin disebabkan bateri. 5-S Pen Terlalu Sensitif: Lihat kalibarasi pen pada Settings – Pen Setting – Calibrate. Anda juga betulkan potentiometer di bawah penutup butang S Pen. Putarkan skru ikut arah lawan jam. (lakukan atas risiko sendiri). 6-Paparan Berputar Sendiri: Anda boleh mengelaknya dengan mengaktifkan Rotation Lock dalam Notification Shade. 7-Bunyi Tidak Sekata: Android Jelly Bean memberi kelebihan tetapkan Equaliser dalam Setting. Reboot peranti jika tidak berubah. 8-Screenshot: Tekan butang Power dan Home serentak. Ini bukan masalah. Layangkan sisi tapak tangan anda pada skrin dari kanan-kiri sehingga bunyi klik. Pergi ke Settings – System – Hand Motion – Palm swipe to capture. Pegang dan tekan butang pada S Pen. Sentuh skrin. 9-Warna Berubah: Settings – Display – Screen Mode – tukar reproduksi warna. 10-Tidak Mahu Padam: Mungkin gangguan pada ciri Smart Stay. Jika anda aktifkannya, kamera mengesan jika anda masih melihat skrin dan membiarkan ia terbuka.
Samsung Galaxy Note 8.0 memiliki skrin paparan beresolusi 1280x800 piksel dan dikuasakan oleh cip pemprosesan empat teras 1.6GHz Samsung Exynos dengan RAM 2GB. Ia mengekalkan identiti Galaxy Note dengan pen stilus dan turut memiliki memori dalaman 16GB atau 32GB yang boleh disokong oleh slot kad memori microSD.
SUMBER: Majalah PC. April 2013.