Bahan-bahan untuk membuat Sup Ala
Arab:
3 ulas bawang putih.
1 ulas bawang besar.
½ biji tomato.
1 biji kentang.
1 mangkuk stok kambing/ ayam.
1 sudu besar jintan putih.
Garam secukup rasa.
Sedikit daun ketumbar.
Lemon atau limau nipis/ kasturi.
Cara-cara membuatnya:
1-Rebus bawang putih, bawang besar, tomato, ½ biji kentang, stok dan jintan putih sehingga
kentang empuk.
2- Kemudian kisar sehingga halus dan
tapiskannya.
3- Panaskan kembali di atas api,
tambahkan ½ biji kentang yang didadu, garam dan daun ketumbar.
4- Masak sehingga kentang empuk.
Hidangkan bersama perahan lemon atau limau nipis/ kasturi.
Sup (syurbah) ini sesuai dimakan
sebagai sup/ kuah tambahan bersama dengan pelbagai jenis nasi Arab.