Jumaat, 23 September 2016

Hikmah Menunaikan Haji

Allah S.W.T. telah berfirman: Maksudnya: Dan berserulah kepada manusia untuk mengerjakan haji, nescaya mereka akan datang kepadamu dengan berjalan kaki dan menunggang unta yang kurus (menggambarkan jauh dan sukarnya yang ditempuh oleh jemaah haji) yang datang dari segenap penjuru yang jauh. (Surah al-Hajj: Ayat 27).

Kemudian, Allah S.W.T. juga telah berfirman: Maksudnya: Supaya mereka menyaksikan berbagai manfaat bagi mereka dan supaya mereka menyebut nama Allah pada hari yang telah ditentukan (Hari Raya Haji pada 10 Zulhijjah serta Hari Tasyrik pada 11, 12 dan 13 Zulhijjah) atas rezeki Allah yang telah diberikan kepada mereka berupa binatang ternakan (binatang-binatang yang termasuk jenis unta, lembu, kambing dan biri-biri). Maka makanlah sebahagian daripadanya dan (sebahagian lagi) berikanlah untuk dimakan orang-orang yang sengsara lagi fakir. (Surah al-Hajj: Ayat 28).

Islam telah mengatur beberapa aturan bagi menguatkan rasa penyatuan dan menanamkan semangat suka bekerja bersama-sama untuk kepentingan bersama. Di antaranya ialah dengan menyuruh sembahyang berjemaah setiap waktu, sembahyang Jumaat sekali seminggu dan sembahyang hari raya dua kali setahun. Semua itu untuk menguatkan rasa penyatuan antara beberapa golongan yang berdekatan. Bagi yang tinggal berjauhan di seluruh dunia Islam, itu belum mencukupi. Maka diadakan perjumpaan umat Islam sedunia pada musim Haji. Mereka datang dari Barat, Timur, Selatan dan Utara tanpa memandang kepada bangsa serta warna kulit dengan mengenakan pakaian yang sama. Mereka sama-sama berwukuf di padang Arafah pada 9 Zulhijjah dengan tidak membezakan antara yang kaya, miskin, mulia, hina, raja dan hamba. Dalam pertemuan yang amat besar ini dapatlah mereka berkenal-kenalan antara satu sama lain dan bertambah teguhlah penyatuan dan perasaan percaya-mempercayai antara satu sama lain.

Kumpulan Nasyid Hijjaz

Kumpulan Nasyid Hijjaz
Klik pada gambar untuk menonton video YouTube.

Anugerah Sahabat Hijjaz Setia

Kenangan di Negara Arab

WELCOME

WELCOME
http://jeehan75.blogspot.com

MURAQABAH

  • Naib 2007 SMKBBSL.
  • Dhabit 2009 SKSS.
  • Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
  • Naib 2012 SJK(C)B.
  • Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
  • Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
  • Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
  • Rais 2017 SKLA (SMKTK).
  • Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
  • Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.