Selasa, 15 Januari 2019

Perasmian Perodua Aruz SUV 2019

Kajang, 15/01/2019 - Saya telah memandu kereta merentasi jalan-jalan di taman perumahan dan membelok ke Persiaran Impian Perdana. Saya meneruskan pemanduan di Jalan Sekamat dan Jalan Cheras. Saya sampai ke KJB Auto Sdn Bhd, Bangunan G-Mart, Lot 10843, Batu 12, Jalan Cheras, 43000 Kajang, Selangor. 

Jarak perjalanan dari rumah saya ke sini ialah 2.9 kilometer sahaja. Saya berada di sini malam ini kerana mahu melihat model baharu SUV (Sport Utility Vehicle) Perodua. Model lama SUV Perodua ialah Kembara dan Nautica.

Saya dapat melihat model SUV ketiga Perodua ini lebih awal di Kajang sebelum majlis pelancaran rasmi di ibu negara.

Kenderaan Utiliti Sukan (Sport Utility Vehicle) Perodua Aruz SUV telah dilancarkan secara rasminya oleh Datuk Darell Leiking, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri pada malam ini di Pusat Dagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia yang terletak di Jalan Dutamas 2, Kuala Lumpur.

Aruz ditetapkan dengan piawaian terbaharu yang meliputi kualiti, ruang, kecekapan bahan api dan keselamatan.

SUV ini menampilkan pakej keselamatan ASA (Advanced Safety Assist) yang datang dalam versi 2.0 dengan beberapa naik taraf. Ia dapat mengesan pejalan kaki sehingga 50 kilometer sejam (km/j) dan kelajuan operasi yang dipertingkatkan sehingga 100 km/j untuk Amaran Pra-Pelanggaran serta 80 km/j bagi sistem brek Pra-Pelanggaran.

Perodua Aruz SUV 2019 tujuh tempat duduk ditawarkan dalam lima pilihan warna iaitu Ivery White (Solid), Glittering Silver (Metallic), Electric Blue (Metallic), Granitte Gray (Metallic) dan Amazon Green (Metallic). Harga permulaan untuk varian 1.5X (RM72,900) dan varian 1.5 Advance (RM77,900).

Kumpulan Nasyid Hijjaz

Kumpulan Nasyid Hijjaz
Klik pada gambar untuk menonton video YouTube.

Anugerah Sahabat Hijjaz Setia

Kenangan di Negara Arab

WELCOME

WELCOME
http://jeehan75.blogspot.com

MURAQABAH

  • Naib 2007 SMKBBSL.
  • Dhabit 2009 SKSS.
  • Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
  • Naib 2012 SJK(C)B.
  • Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
  • Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
  • Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
  • Rais 2017 SKLA (SMKTK).
  • Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
  • Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.