Cheras, 25/01/2019 - Tajuk tazkirah pagi Jumaat tadi ialah Perintah Berselawat Untuk Nabi Muhammad. Ia telah disampaikan oleh Ustaz Jeehan di dataran perhimpunan, Sekolah Kebangsaan Taman Puteri, Cheras, Hulu Langat, Selangor.
Allah S.W.T. telah berfirman (Ustaz Jeehan membaca sepotong ayat al-Qur'an): Maksudnya: Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya berselawat ke atas Nabi. Wahai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu ke atasnya dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya. (Surah al-Ahzab: Ayat 56).
Selawat berasal daripada perkataan solat. Solat dari segi bahasa bererti doa' iaitu menyeru atau meminta. Apabila kita berdoa' kepada Allah bererti kita menyeru dan meminta kepada Allah. Itu juga yang dimaksudkan dengan selawat.
Apakah makna Allah berselawat ke atas Nabi? Selawat Allah ke atas Nabi bermakna pujian Allah dan menyebut-nyebut nama Rasulullah s.a.w. di sisi malaikat-malaikat di langit tujuh. Disebut-sebut nama Rasulullah s.a.w. di sisi para malaikat yang paling hampir kedudukannya dengan Arasy Allah S.W.T.
Selawat para malaikat dan selainnya termasuk kita adalah doa' kita kepada Allah agar Dia berselawat ke atas Nabi. Apabila kita berselawat, kita sebenarnya sedang meminta kepada Allah supaya Dia memperbanyakkan selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w.
Selawat Allah ke atas Nabi asalnya sudah berlaku seperti yang disebut dalam ayat 56 tadi. Kita diperintahkan untuk berselawat iaitu berdoa' kepada Allah agar Dia memperbanyakkan puji-pujian ke atas Nabi Muhammad s.a.w. dan menyebut nama Baginda di sisi para malaikat-Nya.
Sesungguhnya di antara hari yang paling mulia bagi kita ialah hari Jumaat. Oleh yang demikian, kita hendaklah memperbanyakkan berselawat kepada Nabi Muhammad s.a.w. pada hari ini kerana sesungguhnya ucapan selawat kita akan ditunjukkan kepadanya pada hari kiamat nanti.
Orang yang paling banyak berselawat kepada Rasulullah s.a.w. akan mendapat syafaat Baginda pada hari akhirat nanti dan paling hampir dengannya.
Ustaz Jeehan menyanyikan beberapa baris nasyid yang bertajuk Al-Mustofa. Nasyid asal daripada kumpulan Saff-One.
MURAQABAH
- Naib 2007 SMKBBSL.
- Dhabit 2009 SKSS.
- Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
- Naib 2012 SJK(C)B.
- Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
- Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
- Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
- Rais 2017 SKLA (SMKTK).
- Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
- Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.
Pautan Tambahan
- RCC Global (M) Sdn Bhd
- RCC Worldwide (M) Sdn Bhd
- Munif Hijjaz Marketing Sdn Bhd
- Keluarga Ku Bahagia (Kekuba)
- Elektronik Zakat Selangor
- Sign In To Microsoft
- Muat Turun Video Daripada Internet
- Muat Turun Video Daripada Smule
- al-Muqri' (Pengajar Bacaan al-Qur'an}
- Sistem Maklumat Pendidikan Islam JAKIM
- Paparan Gambar Status Trafik Semasa
- Malaysia Highways Live Traffic Cameras
- Indeks Pencemaran Udara - IPU
- Kalkulator - Imperial to Metric
- Android Device Manager
- Nasyid Mp3 Download
- Free Online Games
- UniFi Specialist by TM
- TuneIn (0nline) - IKIM FM
- Live Online Radio - IKIM FM
- Live TV Stereaming - Online TV
- Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam - LPPSA
- SI2008 (18' x 55') TTD2017 (20' x 65') TJ2021 (20' x 65')
- Tenaga Nasional Berhad (Quick Pay)
- Pengurusan Air Pahang
- Laman Air Selangor
- Indah Water Konsortium
- Cukai Tanah Pahang
- Cukai Taksiran (MDL)
- Cukai Tanah Selangor
- Cukai Taksiran (MPKj) e-Bayar