Selasa, 19 Januari 2021

Buku Teks dan Aktiviti Bahasa Arab serta Pendidikan Islam 2021

Kajang, 19/01/2021 - Saya berkongsi dengan pihak Anyflip.com berkenaan penerbitan buku selak. Saya meletakkan pautannya di sini untuk buku teks dan aktiviti Bahasa Arab serta Pendidikan Islam sekolah rendah program j-QAF kegunaan tahun 2021. Diharap pihak Anyflip.com dapat mengekalkan pautan yang diberi.

Tahun Satu 2021:
Buku Teks Pendidikan Islam di http://online.anyflip.com/nkgxb/wazk/mobile/index.html

Tahun Dua 2021:
Buku Teks Bahasa Arab di http://online.anyflip.com/lhat/wymk/mobile/index.html
Buku Aktiviti Bahasa Arab di http://anyflip.com/lhat/squl/basic
Buku Teks Pendidikan Islam di http://online.anyflip.com/utswl/mmvz/mobile/index.html

Tahun Tiga 2021:
Buku Teks Bahasa Arab di http://anyflip.com/javw/ntdi/basic
Buku Aktiviti Bahasa Arab di http://anyflip.com/lhat/jvfh/basic
Buku Teks Pendidikan Islam di http://online.anyflip.com/pxbd/bvyp/mobile/index.html

Tahun Empat 2021:
Buku Teks Bahasa Arab di http://online.anyflip.com/jgvtm/wdvj/mobile/index.html
Buku Teks Pendidikan Islam di http://online.anyflip.com/fuml/tbsq/mobile/index.html

Tahun Lima 2021:
Buku Teks Bahasa Arab di https://anyflip.com/dmfqb/gecn
Buku Teks Pendidikan Islam di https://anyflip.com/szch/wxcp/

Tahun Enam 2021:
Buku Teks Bahasa Arab di http://online.anyflip.com/eppd/rgjn/mobile/index.html
Atau versi pdf Buku Teks Bahasa Arab di https://gurubesar.my/wp-content/uploads/2019/02/TAHUN-6-BAHASA-ARAB.pdf

Ahad, 17 Januari 2021

Muat Turun Bahan Bahasa Arab 2021

Kajang, 17/01/2021 - Saya sedang berada di rumah ketika menerbitkan artikel ini kerana sekolah-sekolah di negeri Selangor dan seluruh negara Malaysia masih bercuti pada hari ini (Takwim Persekolahan Dipinda Kerana Mencegah Penularan Wabak Covid-19). Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0, PKP Bersyarat, PKP Pemulihan dan PKP Diperketatkan masih berkuat kuasa di negara kita. PdPR (Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah) akan bermula pada hari Rabu, 20 Januari 2021. Saya meletakkan bahan-bahan Muat Turun Bahasa Arab 2021 di ruang catatan ini supaya ia berkekalan jika tiada apa-apa masalah.

Anda dibenarkan untuk memuat turun bahan-bahan yang ada di laman blog ini. Buat suntingan selepas dimuat turun mengikut kesesuaian sekolah masing-masing.

Bahan-bahan tersebut ialah Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP), Dokumen Penjajaran Kurikulum (DPK), Rancangan Pelajaran Tahunan (RPT), Borang Rekod Pentaksiran (BRP), Contoh Rancangan Pelajaran Harian (RPH), Buku Teks dan lain-lain.

Bahasa Arab Tahun Satu 2021:

DSKP di https://drive.google.com/file/d/0BzyAS-rxUc-eTjRpcm9IVWhJMVk/view

Bahasa Arab Tahun Dua 2021:

Bahasa Arab Tahun Tiga 2021:

Bahasa Arab Tahun Empat 2021:

Bahasa Arab Tahun Lima 2021:

Bahasa Arab Tahun Enam 2021:
Contoh RPH Abad Ke-21 di https://drive.google.com/file/d/1_unwD6BBhEtGjJ_oyHp8bmmUURVEcjJF/view

Rabu, 13 Januari 2021

PKP 2.0 Melibatkan 6 Negeri Mulai 13 Januari 2021

Kajang, 13/01/2021 - Di Malaysia, hari ini ialah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hari ke-302. Saya, isteri dan lima orang anak kami sedang berada di rumah kerana mematuhi PKP 2.0 yang berkuat kuasa hari ini. Elakkan keluar rumah kecuali untuk urusan penting sahaja dan gunakan pelitup muka. Sekatan Jalan Raya (SJR) telah bermula pada jam 12:01 tengah malam tadi. Pergerakan rentas daerah/ negeri di kawasan PKP dan rentas negeri di kawasan PKP Bersyarat serta PKP Pemulihan memerlukan kebenaran polis untuk melepasi SJR. 

PKP 2.0 sedang dilaksanakan di enam buah negeri iaitu Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya), Melaka, Johor dan Sabah bermula 13 hingga 26 Januari 2021.

PKP Bersyarat pula sedang dilaksanakan di enam buah negeri lain iaitu Kedah, Perak, Negeri Sembilan, Kelantan, Terengganu dan Pahang juga bermula 13 hingga 26 Januari 2021.

PKP Pemulihan di Malaysia (1 Januari hingga 31 Mac 2021) sedang dilaksanakan bagi Perlis serta Sarawak dan akan diteruskan sepanjang tempoh berkenaan jika tiada perubahan.

PKP Diperketatkan juga masih berkuat kuasa di beberapa kawasan yang terlibat. Ia melibatkan kawasan yang lebih kecil daripada sesebuah daerah atau negeri. Cuma pelaksanaannya lebih ketat bebanding PKP yang lain kerana PKP Diperketatkan melibatkan semua orang tidak dibenarkan keluar sebab semua laluan keluar masuk ditutup. Bekalan asas dibekalkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Peningkatan kes baharu iaitu kes positif Covid-19 di Selangor ialah 1086 orang pada 08/01/2021 (Jumaat), 564 orang pada 09/01/2021 (Sabtu), 730 orang pada 10/01/2021 (Ahad), 557 orang pada 11/01/2021 (Isnin) dan 1007 orang pada 12/01/2021 (Selasa).

Kes baharu Covid-19 dari 8 hingga 12 Januari 2021 di Malaysia ialah 2643 orang pada 08/01/2021 (Jumaat), 2451 orang pada 09/01/2021 (Sabtu), 2433 orang pada 10/01/2021 (Ahad), 2232 orang pada 11/01/2021 (Isnin) dan 3309 orang pada 12/01/2021 (Selasa).

Sabtu, 9 Januari 2021

Tasik Villa International Resort, Port Dickson 2021

Saya, isteri dan lima orang anak kami telah bercuti di Port Dickson selama 2 hari 1 malam. Ia merupakan tempat percutian di kawasan pantai yang terletak di Negeri Sembilan. Kami telah beberapa kali pergi ke Port Dickson sebelum ini. Oleh kerana negara kita Malaysia masih menghadapi wabak Covid-19, kami tidak pergi ke pantai kali ini. Kolam renang awam di resort juga ditutup bagi mencegah penularan wabak tersebut. Disebabkan bilik yang terdapat kolam renang peribadi penuh, kami bermalam juga di bilik yang bernombor 8217 tanpa kolam di Tasik Villa International Resort, Kota Lukut, 71010 Port Dickson.

Jumaat, 8 Januari 2021 (hari pertama). Saya, isteri dan lima orang anak kami bertolak dari rumah di Kajang sebelum waktu Asar kerana daftar masuk ke resort ialah mulai jam 3:00 petang. Kami telah membayar sebanyak RM386.00 untuk penginapan 1 malam. Petang di bilik, kami sempat solat dan berehat. Malam, selepas solat, saya, anak kedua dan anak ketiga keluar membeli makanan serta minuman di Gerai Bayu Qaseh, Taman Sri Tanjung. Bawa pulang dan kami makan malam di bilik. Selepas solat, kami bertujuh bersiar-siar di kawasan tasik sebelum pulang bermalam di bilik 8217.

Sabtu, 9 Januari 2021 (hari kedua). Bangun, solat dan berehat. Sarapan pagi kami dihantar ke dalam bilik bagi mencegah penularan wabak Covid-19. Saya, anak kedua dan anak ketiga berbasikal mengelilingi tasik. Bayaran sewa RM19.00 untuk basikal 2 roda (single) dan RM40.00 untuk basikal 4 roda (double). Kedua-dua jenis basikal ini disewa selama 30 minit dan kami mengayuhnya sendiri. Kami mendaftar keluar dari blik 8217 pada jam 12:00 tengah hari. Anak sulunganak kedua dan anak ketiga, kami bayarkan sewa RM28.00 untuk pedal boat di dalam tasik. Sewaan selama 30 minit. Anak sulung dan anak kedua mengayuh bot dan anak ketiga duduk di belakang. Kami bertujuh bergerak pulang. Saya memandu Proton Exora sejauh kira-kira 68.5 kilometer dari Tasik Villa International Resort ke rumah di Kajang. Kami sampai ke perkarangan rumah pada jam 2:35 petang.

Rabu, 6 Januari 2021

Pahang, Cuti 2020, Melaka dan Selangor 2021

Kajang, 06/01/2021 - Saya, isteri dan lima orang anak kami sedang berada di rumah pada malam ini selepas merentas Sempadan Negeri Selangor Darul Ehsan pada jam 4:25 petang tadi di lebuh raya E21.

Kami bertujuh telah keluar dari negeri Selangor pada hari Rabu, 23 Disember 2020 melalui plaza tol E8 menghala ke timur dan masuk semula ke negeri Selangor pada hari ini (Rabu, 6 Januari 2021) melalui plaza tol E21 dari selatan iaitu selama 15 hari 14 malam berada di luar negeri Selangor. Di dua buah negeri (Pahang dan Melaka), 2 malam di daerah Cameron Highlands, 6 malam di daerah Lipis dan 6 malam di daerah Jasin.

Di negeri Pahang, malam pertama di Taman Tempoyang Damai, Kuala Lipis. Malam kedua di Perumahan Makmur Cameron Jaya, Tanah Rata, Cameron Highlands. Malam ketiga di Villa Dahlia, Tanah Rata, Cameron Highlands. Malam keempat, kelima dan keenam di Rancangan Tanah Pemuda Sungai Ular, Kuala Lipis. Malam ketujuh dan kelapan di Taman Tempoyang Damai, Kuala Lipis.

Perjalanan dari negeri Pahang ke negeri Melaka pada 31/12/2020 melalui Kuala Lipis, Jerantut, Temerloh, Bera, Bahau, Gemencheh dan Jasin. Banjir besar 04/01/2021, 05/01/2021 dan 06/01/2021 berlaku di negeri Pahang (Kuala Lipis, Jerantut dan Temerloh) menyebabkan jalan raya terputus hubungan. Saya mengikuti perkembangan banjir tersebut dari negeri Melaka melalui talian internet.

Di negeri Melaka, malam kesembilan, kesepuluh, kesebelas, kedua belas, ketiga belas dan keempat belas di Felda Tun Ghafar Kemendor, Jasin.

Jumaat, 1 Januari 2021

PKPB Selangor Disambung 1 Januari 2021

Jasin, 01/01/2021 - Di Malaysia, hari ini ialah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hari ke-290. Saya, isteri dan lima orang anak kami telah merentas beberapa buah negeri kerana ia dibenarkan oleh Kerajaan Malaysia ketika PKP Bersyarat di negeri Selangor. PKP Bersyarat di seluruh negeri Selangor dilanjutkan sehingga 14 Januari 2021. Kami bertujuh sebelum ini berada di negeri Pahang selama 9 hari 8 malam pada penghujung tahun 2020. Mulai semalam iaitu pada malam tahun baharu 2021, kami berada di negeri Melaka pula.

Peningkatan kes baharu iaitu kes positif Covid-19 di Selangor ialah 392 orang pada 27/12/2020 (Ahad), 697 orang pada 28/12/2020 (Isnin), 747 orang pada 29/12/2020 (Selasa), 472 orang pada 30/12/2020 (Rabu) dan 1205 orang pada 31/12/2020 (Khamis).

Kes baharu Covid-19 dari 27 hingga 31 Disember 2020 di Malaysia ialah 1196 orang pada 27/12/2020 (Ahad), 1594 orang pada 28/12/2020 (Isnin), 1925 orang pada 29/12/2020 (Selasa), 1870 orang pada 30/12/2020 (Rabu) dan 2525 orang pada 31/12/2020 (Khamis).

Kumpulan Nasyid Hijjaz

Kumpulan Nasyid Hijjaz
Klik pada gambar untuk menonton video YouTube.

Anugerah Sahabat Hijjaz Setia

Kenangan di Negara Arab

WELCOME

WELCOME
http://jeehan75.blogspot.com

MURAQABAH

  • Naib 2007 SMKBBSL.
  • Dhabit 2009 SKSS.
  • Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
  • Naib 2012 SJK(C)B.
  • Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
  • Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
  • Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
  • Rais 2017 SKLA (SMKTK).
  • Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
  • Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.