Malaysia mempunyai empat belas buah negeri. PKP 2.0 sedang dilaksanakan di tiga belas buah negeri setakat 1 Februari 2021 kerana beberapa buah negeri yang sebelumya melaksanakan PKP Bersyarat juga sedang melaksanakan PKP 2.0 bermula Januari 2021.
PKP 2.0 masih dilaksanakan setakat hari ini di Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya), Melaka, Johor dan Sabah sejak 13 Januari 2021. PKP 2.0 di Kelantan sejak 16 Januari 2021. PKP 2.0 di Perlis, Kedah, Perak, Negeri Sembilan, Terengganu dan Pahang pula bermula sejak 22 Januari 2021.
PKP Pemulihan di Malaysia (1 Januari hingga 31 Mac 2021) sedang dilaksanakan bagi Sarawak dan akan diteruskan sepanjang tempoh berkenaan jika tiada perubahan.
PKP Diperketatkan juga masih berkuat kuasa di beberapa kawasan yang terlibat. Ia melibatkan kawasan yang lebih kecil daripada sesebuah daerah atau negeri. Cuma pelaksanaannya lebih ketat bebanding PKP yang lain kerana PKP Diperketatkan melibatkan semua orang tidak dibenarkan keluar sebab semua laluan keluar masuk ditutup. Bekalan asas dibekalkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat.