Kira-kira jam 8:55 pagi, saya menaiki bas T459 di perhentian bas Simpang Jasmin 20 (RM1.00). Saya bertanyakan kepada pemandu bas cara pembayaran tambangnya. Dia kata guna Kad Touch 'n Go. Sentuh kad semasa naik dan sentuh sekali lagi sebelum turun dari bas untuk mendapatkan tambang istimewa (RM1.00). Jika penumpang bas tidak menyentuh kad sebelum turun, RM3.00 merupakan tambang bas yang dinaikinya.
Bas T459 yang saya naik di perhentian bas Simpang Jasmin 20 (Jalan Jasmin 16) melalui Flat Bukit Mewah (Jalan Bukit Mewah 28), Deret Kedai Bukit Mewah 47 (Jalan Bukit Mewah 41), Simpang Bukit Mewah 49 (Jalan Bukit Mewah 41), Taman Bukit Mewah Fasa 7 (Jalan Bukit Mewah 41), Taman Bukit Mutiara (Jalan Bukit Mewah 41), Flat Taman Bukit Mutiara (Jalan Bukit Mewah 41), Taman Permai (Jalan Tun Zamrud), Taman Zamrud (Jalan Semenyih), Taman Lembah Mewah (Jalan Semenyih), Metro Point Kajang (Jalan Semenyih), Pejabat Air Selangor (Jalan Semenyih), Komersial Bandar Kajang (Jalan Semenyih), Bandar Kajang (Jalan Besar) dan akhirnya sampai ke Stesen MRT Stadium Kajang kira-kira jam 9:10 pagi.
Saya naik tren MRT dari Stesen Stadium Kajang ke Stesen Sungai Jernih (RM1.10). Turun dari tren dan saya naik pula bas perantaraan di stesen ini. Bas T456 (RM1.00) dari Stesen MRT Sungai Jernih melalui perhentian bas Impian Setia (Persiaran Saujana Impian), Sekolah Kebangsaan Saujana Impian (Persiaran Impian Perdana) dan saya turun di Impian Sejati (Persiaran Impian Perdana).
Saya mendapatkan kereta sendiri dan membuat beberapa urusan pada hari ini di sekitar Kajang. Setelah semuanya selesai termasuk solat, saya kembali menggunakan kenderaan atau pengangkutan awam iaitu bas perantaraan dan tren MRT untuk melengkapkan pusingan penuh bagi laluan perhentian bas T456 serta T459.
Kira-kira jam 2:50 petang, saya menaiki bas T456 di perhentian bas Impian Sejati (RM1.00) melalui Impian Makmur (Persiaran Impian Perdana), Impian Gemilang (Persiaran Impian Perdana), Impian Perdana (Persiaran Impian Perdana), Impian Jaya (Persiaran Saujana Impian), Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Langat (Persiaran Saujana Impian) dan akhirnya sampai ke Stesen MRT Sungai Jernih kira-kira jam 3:00 petang.
Saya naik tren MRT dari Stesen Sungai Jernih ke Stesen Stadium Kajang (RM1.10). Turun dari tren dan saya naik pula bas perantaraan di stesen ini. Bas T459 (RM1.00) dari Stesen MRT Stadium Kajang melalui perhentian bas Metro Avenue (Jalan Timur), Sentosa Avenue (Jalan Timur), Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Kajang (Jalan Semenyih), Persimpangan Sungai Jelok (Jalan Semenyih), Kawasan Perniagaan Nilam (Jalan Semenyih), Taman Restu 7 (Jalan Semenyih), Kolej Vokasional Kajang (Jalan Semenyih), Komersial Taman Kajang Prima (Jalan Kajang Prima 1), Sekolah Kebangsaan Taman Jasmin (Jalan Jasmin 2), Sekolah Kebangsaan Taman Jasmin, Pintu Pagar 2 (Jalan Jasmin 2), Padang Bola Taman Jasmin (Jalan Jasmin 9) dan saya turun di Simpang Jasmin 20 (Jalan Jasmin 16).