Jumaat, 30 Julai 2021

Hari Ke-500 PKP Di Malaysia

Kajang, 30/07/2021 - Di Malaysia, hari ini ialah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hari ke-500. Petang ini saya, isteri dan lima orang anak kami sedang berada di rumah sendiri (rumah TJ). Jarak di antara rumah SI dan rumah TJ ialah 8 kilometer sahaja. Kedua-duanya terletak di Kajang dalam daerah yang sama. Kami tidak boleh merentas daerah dan negeri semasa PKP 3.0 dan tidak dapat berada di rumah TTD. Setakat 30 Julai 2021, kami bertujuh kali terakhir berada di negeri Pahang ialah pada 31 Disember 2020 dan kali terakhir berada di negeri Melaka ialah pada 6 Januari 2021.

PKP 3.0 telah berkuat kuasa pada 12/05/2021 di seluruh Malaysia. Pada 15/06/2021, Perdana Menteri Malaysia telah mengumumkan Pelan Pemulihan Negara (PPN). Peralihan Fasa PKP Secara Berperingkat dalam PPN merupakan satu strategi peralihan keluar dari kemelut pandemik Covid-19. Pandemik ialah wabak penyakit yang tersebar dengan begitu meluas sama ada hingga ke seluruh wilayah, benua atau dunia.

PKP hari ini di Malaysia masuk hari yang ke-500 pelaksanaannya sejak 18/03/2020 dan sehingga hari ini perlu melihat pencapaian kita dalam usaha melandaikan angka jangkitan yang sangat tinggi.

Pemberian vaksin setakat hari ini adalah amat baik. Harapan agar ia dapat membantu dalam penurunan kes harian. Peraturan kesihatan yang dibuat mestilah dilaksanakan dengan sebaiknya. Tambah baik keadaan kesihatan dengan pemberian vaksin yang segera kepada mereka yang perlu bertugas dalam sektor ekonomi termasuk kaum keluarga bagi membendung penularan wabak Covid-19 yang semakin meningkat.

Di Selangor sahaja, kes baharu iaitu kes positif Covid-19 pada hari ini (Jumaat, 30 Julai 2021) ialah 6092 orang. Di Malaysia (termasuk Selangor), kes baharu iaitu kes positif Covid-19 pada hari ini ialah 16840 orang.

Kumpulan Nasyid Hijjaz

Kumpulan Nasyid Hijjaz
Klik pada gambar untuk menonton video YouTube.

Anugerah Sahabat Hijjaz Setia

Kenangan di Negara Arab

WELCOME

WELCOME
http://jeehan75.blogspot.com

MURAQABAH

  • Naib 2007 SMKBBSL.
  • Dhabit 2009 SKSS.
  • Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
  • Naib 2012 SJK(C)B.
  • Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
  • Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
  • Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
  • Rais 2017 SKLA (SMKTK).
  • Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
  • Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.