Semasa berada di rumah TJ tadi, saya tersedar daripada tidur dan mendapati hujan sedang turun pada jam 3:30 pagi. Pergi ke tandas dan saya tidur semula. Jam 5:30 pagi, penggera pada telefon pintar berbunyi dan saya bangun daripada tidur. Hujan masih turun. Solat Subuh dan bergerak dari TJ ke SI ketika masih waktu Subuh kerana belum terbit matahari. Dalam perjalanan dari rumah TJ ke rumah SI yang jaraknya ialah 8 kilometer sahaja, hujan rintik-rintik masih turun. Jam 7:05 pagi, sampai ke ruang letak kenderaan di rumah SI.
Waktu solat di Kajang pada hari Ahad, 1 Ogos 2021 bersamaan dengan 22 Zulhijjah 1442 ialah seperti waktu solat di Kuala Lumpur dan Putrajaya. Subuh pada jam 6:01 pagi, Syuruk (terbit matahari) pada jam 7:11 pagi, Zohor pada jam 1:23 petang, Asar pada jam 4:44 petang, Maghrib pada jam 7:30 malam dan Isyak pada jam 8:43 malam.