Sabtu, 28 Ogos 2021

Mukhayyam Arabi Peringkat Daerah Hulu Langat 2021

Kajang, 28/08/2021 - Alhamdulillah, sudah selesai program Mukhayyam Arabi Peringkat Daerah Hulu Langat 2021 yang telah dibuat secara dalam talian menggunakan saluran siaran langsung di YouTube. Ia merupakan aktiviti kem Bahasa Arab untuk sekolah-sekolah rendah peringkat daerah anjuran Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Langat yang pelaksana program serta pesertanya berada di rumah masing-masing kerana mencegah penularan wabak Covid-19. Kami sekeluarga berada di rumah TJ. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran juga masih berterusan di rumah secara dalam talian ketika hari persekolahan.

Ini kali pertama saya menggunakan Streamyard.com dan kami yang menyelaraskan program ini bersiaran langsung menggunakan YouTube. Rakan-rakan yang mahir berkenaan perkara ini membantu kami membuat program dalam talian secara berpasukan. Talian internet yang terputus-putus antaranya merupakan cabaran utama untuk program kali ini.

Sejak jam 8:30 pagi, peserta-peserta kem yang terdiri daripada dua orang murid dan seorang guru pengiring mula mendaftar melalui pautan borang yang diberi. Jam 9:00 hingga 9:30 pagi ialah ucapan aluan pengerusi, taklimat program, bacaan doa dan ucapan pelancaran perasmian. Jam 9:30 hingga 10:30 pagi ialah aktiviti perlumbaan basikal untuk bermain permainan bahasa. Jam 10:30 pagi hingga 12:00 tengah hari ialah aktiviti permainan yang melibatkan nombor dan lain-lain. Jam 12:00 tengah hari hingga 2:00 petang ialah waktu rehat. Jam 2:00 hingga 3:00 petang ialah aktiviti jom menyanyi lagu Bahasa Arab. Jam 3:00 hingga 3:30 petang ialah pengisian berkenaan alangkah indahnya bahasa. Jam 3:30 hingga 4:00 petang ialah pengumuman pemenang dan penutup.

Jawatankuasa Pelaksana ialah Tuan Haji Arbain bin Pinni (Pegawai Pendidikan Daerah/ PPD) sebagai Pengerusi, Encik Zaiazman bin Mohd Zainuddin @ Helmi (Timbalan PPD Sektor Pembelajaran) sebagai Timbalan Pengerusi 1, Ustazah Salmah binti Salleh serta Ustaz Mohammad Hamsar bin Mohd Nor (Penolong PPD Unit Pendidikan Islam) sebagai Timbalan Pengerusi 2, Ustazah Nik Siti Maria binti Nik Yaakob (Sekolah Kebangsaan Sungai Lui) sebagai Setiausaha 1, Ustazah Nik Hafizah binti Nik Mat (Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Bangi) sebagai Setiausaha 2, Ustaz Norjeehan bin Ahmad Mustapa (Sekolah Kebangsaan Semenyih) serta Ustaz Muhammad Husaini bin Daud (Sekolah Kebangsaan Dusun Nanding) sebagai Penyelaras, Ustazah Nurul Huda binti Haji Md Saleh (Sekolah Kebangsaan Lembah Jaya) sebagai Ketua Teknikal, Ustazah Siti Nur 'Aisyah binti Rahmat (Sekolah Kebangsaan Bandar Sunway Semenyih) sebagai Ketua Penyelaras Program dan Ustaz Muhammad Hanif bin Abd Patah (Sekolah Kebangsaan Bandar Sunway Semenyih) sebagai "Floor Manager".

Jawatankuasa Kecil ialah Ustazah Nurul Huda binti Haji Md Saleh sebagai Ahli Jawatankuasa Majlis Perasmian serta Pelancaran, Ustaz Muhammad Hanif bin Abd Patah sebagai Ahli Jawatankuasa Buku Program, Ustaz Norjeehan bin Ahmad Mustapa sebagai Ahli Jawatankuasa Publisiti, Ustazah Nik Hafizah binti Nik Mat sebagai Ahli Jawatankuasa Pendaftaran Peserta, Ustaz Muhammad Husaini bin Daud sebagai Ahli Jawatankuasa Sumbangan serta Tajaan termasuk hadiah, sijil serta trofi, Ustazah Nik Siti Maria binti Nik Yaakob sebagai Ahli Jawatankuasa Dokumentasi dan Ustazah Nurul Huda binti Haji Md Saleh serta Ustazah Siti Nur 'Aisyah binti Rahmat sebagai Ahli Jawatankuasa Majlis Perasmian Penutupan.

Kumpulan Nasyid Hijjaz

Kumpulan Nasyid Hijjaz
Klik pada gambar untuk menonton video YouTube.

Anugerah Sahabat Hijjaz Setia

Kenangan di Negara Arab

WELCOME

WELCOME
http://jeehan75.blogspot.com

MURAQABAH

  • Naib 2007 SMKBBSL.
  • Dhabit 2009 SKSS.
  • Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
  • Naib 2012 SJK(C)B.
  • Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
  • Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
  • Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
  • Rais 2017 SKLA (SMKTK).
  • Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
  • Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.