Rabu, 1 September 2021

PKP dan PPN Setakat 1 September 2021

Kajang, 01/09/2021 - Di Malaysia, hari ini ialah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hari ke-533. Saya, isteri dan lima orang anak kami sedang berada di rumah sendiri kerana mematuhi PKP. Pelan Pemulihan Negara (PPN) secara berfasa yang ditetapkan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan mengeluarkan Malaysia daripada kemelut pandemik Covid-19 (coronavirus disease 2019) dengan selamat. Pelanpemulihannegara.gov.my ialah Portal Rasmi PPN (Malaysia Menang Bersama).

Setakat hari ini (Rabu, 1 September 2021), pecahan negeri mengikut fasa PPN ialah Fasa 1 untuk Kedah, Selangor, Wilayah Perekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Melaka dan Johor. Fasa 2 untuk Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan dan Sabah. Fasa 3 untuk Perlis dan Sarawak. Fasa 4 untuk Wilayah Persekutuan Labuan.

Secara ringkasnya bagi negeri fasa 1 ialah pembelajaran secara maya sahaja, tidak boleh bersosial di luar isi rumah, pergerakan dalam radius 10 kilometer dari rumah dan perkhidmatan perlu sahaja (8 pagi hingga 8 malam). Bagi negeri fasa 2 ialah hanya kelas peperiksaan boleh ke sekolah, tidak boleh bersosial di luar isi rumah, pergerakan dalam radius 10 kilometer dari rumah dan hanya bersukan di luar tanpa kontak. Bagi negeri fasa 3 ialah hanya kelas peperiksaan boleh ke sekolah, semua sukan tanpa kontak dibenarkan, boleh menjamu di tempat makan dan tiga orang wakil isi rumah boleh keluar. Bagi negeri fasa 4 ialah boleh beribadah berjemaah, kegiatan sosial dibenarkan (kapasiti 50%), pergerakan merentas negeri dibenarkan dan boleh menjamu di tempat makan.

Mengikut salah satu ciri utama perancangan PPN, kejayaan PPN adalah berdasarkan pendekatan Seluruh Bangsa (Whole-of-Nation) untuk menangani wabak Covid-19. Malaysia tidak akan berjaya tanpa kerjasama dan sokongan rakyat dalam membendung penyebaran Covid-19.

Di Selangor sahaja, kes baharu iaitu kes positif Covid-19 pada hari ini (Rabu, 1 September 2021) ialah 3711 orang. Di Malaysia (termasuk Selangor), kes baharu iaitu kes positif Covid-19 pada hari ini ialah 18762 orang.

Kumpulan Nasyid Hijjaz

Kumpulan Nasyid Hijjaz
Klik pada gambar untuk menonton video YouTube.

Anugerah Sahabat Hijjaz Setia

Kenangan di Negara Arab

WELCOME

WELCOME
http://jeehan75.blogspot.com

MURAQABAH

  • Naib 2007 SMKBBSL.
  • Dhabit 2009 SKSS.
  • Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
  • Naib 2012 SJK(C)B.
  • Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
  • Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
  • Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
  • Rais 2017 SKLA (SMKTK).
  • Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
  • Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.