Kursus Mentoring Guru Pembimbing kali ini melibatkan
Guru-guru Pembimbing dari Selangor, Kuala
Lumpur dan Putrajaya. Ia dianjurkan oleh Unit
Praktikum, Institut Pendidikan Guru, Kampus Pendidikan Islam.
Saya telah memilih Bilik 105 di Asrama Suria dan keadaannya seperti
tinggal di bilik hotel. Kursus kali ini diadakan pada 16, 17 dan 18 Disember
iaitu kira-kira 3 hari 2 malam. Taklimat dalam kursus ini dibuat di Auditorium
Sekendi. Minum petang, makan malam, minum malam, sarapan pagi dan makan tengah
hari di Anjung Selera. Minum pagi pula di luar Auditorium Sekendi. Atur cara
terakhir sebelum bersurai dan meninggalkan tempat kursus pada hari ini ialah Taklimat
Portfolio, Refleksi dan Jurnal Praktikum, Taklimat Mata Pelajaran Bahasa Arab
(saya sebagai pengacara majlis) serta Majlis Perasmian Penutupan yang
disempurnakan oleh Tuan Haji Osman bin Hussain, Pengarah Institut Pendidikan
Guru, Kampus Pendidikan Islam, Bangi.
Perjalanan pulang saya dari Institut Perakaunan Negara,
Sabak Bernam ke rumah di Kajang ialah kira-kira 176 kilometer. Saya memandu
kereta dan berhenti di tiga tempat di tepi jalan. Singgah ke Petronas Bagan
Nakhoda Omar menggunakan surau/ tandas, singgah ke Sungai Haji Dorani membeli 1
kilogram Mentarang dan singgah ke Assam Jawa membeli 4 biji Karipap Gergasi. Saya
meneruskan perjalanan melalui Lebuhraya Kuala Lumpur Kuala Selangor (E25),
Lebuhraya Utara Selatan (E1), Jalan Duta, Jalan Damansara, Jalan Istana,
Lebuhraya Hubungan Timur Barat Kuala Lumpur (E37) dan Lebuhraya Cheras Kajang
(E7). Di E25 melalui Plaza Tol Ijok (RM2.00) dan Plaza
Tol Kuang Timur (RM2.00). Di E1 masuk melalui Plaza Tol Rawang Selatan dan
keluar melalui Plaza Tol Jalan Duta (RM2.90). Di E37 tidak melalui plaza tol
dan E7 melalui Plaza Tol Batu 9 (RM1.00). Saya meneruskan pemanduan di E7 yang
bersambung dengan Persiaran Saujana Impian. Kemudian membelok ke Persiaran
Impian Perdana, merentasi jalan-jalan di taman perumahan dan akhirnya selamat
sampai ke rumah petang ini.