Di Ringlet, kami pergi ke Ladang Teh Boh berhampiran Habu.
Dari jalan besar ke ladang tersebut jaraknya ialah sejauh 6 kilometer. Saya
memandu kenderaan mendaki bukit untuk ke situ. Selain ladang, terdapat juga kilang,
kafe dan kedai. Kami sempat makan, minum dan membeli pelbagai jenis teh.
Di Tanah Rata, kami pergi ke Taman Agroteknologi MARDI. Saya
membeli tiket dari kaunter yang terdapat di Pusat Maklumat. Kami masuk ke dalam
melihat tanaman herba, strawberi, bunga, sayur-sayuran dan bermacam-macam lagi.
Padang
permainan, surau dan kafe juga disediakan. Anak-anak kami sempat bermain di
situ dan kami juga sempat singgah solat, makan dan minum. Selain itu, kami
melihat rumah arnab, rumah burung dan air terjun. Pejabat Pentadbiran MARDI pun
terletak di taman tersebut. MARDI (Malaysian Agricultural Research and
Development Institute) ialah Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia. Kami
beredar meninggalkan Taman Agroteknologi MARDI dan singgah pula ke Kampung
Taman Sedia.
Di Brinchang, kami pergi ke Central Market, sebuah kedai dan
sebuah pasaraya untuk membeli-belah pelbagai jenis barang. Kami beredar
meninggalkan kawasan tersebut dan pergi ke Kea Farm. Di situ ada bermacam-macam
jenis barang termasuk buah-buahan dan sayur-sayuran untuk destinasi terakhir kami
membeli-belah sebelum bergerak pulang meninggalkan Cameron Highlands
pada hari ini.