Sabtu, 25 Januari 2014

Karnival Rasul In My Heart

Putrajaya, 25/01/2014 - Saya, isteri dan tiga orang anak kami telah pergi ke Karnival Rasul In My Heart di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin. Masjid ini digelar Masjid Besi kerana telah dibina menggunakan 70 peratus bahan binaan daripada besi.

Kira-kira jam 9:00 malam, kami sampai ke ruang solat utama di masjid ini. Sempat solat Isyak terlebih dahulu di sini sebelum melawat tapak karnival. Pelbagai aktiviti menarik diadakan di kawasan masjid seperti Jualan Buku Telaga Biru dan gerai-gerai jualan yang lain.

Berhampiran Pentas Utama, kami mengikuti program ceramah berkenaan Bantu Syria bersama Syeikh Qurayim Rajih dan Dr Haji Zahazan bin Mohamed. Di luar perkarangan masjid terdapat juga "Inflatable", Taman Arnab, kawasan untuk berkuda, memanah, gerai-gerai jualan dan lain-lain lagi.

Saya memandu kenderaan dan kami beredar meninggalkan kawasan masjid kira-kira jam 11:10 malam untuk pulang ke rumah di Kajang. Jarak perjalanan pulang dari Masjid Besi ke rumah kami ialah kira-kira 29 kilometer sahaja. Saya memandu kenderaan di Lebuhraya Kajang SILK (E18) dan Lebuhraya Cheras Kajang (E7). Di E18 melalui Plaza Tol Sungai Balak (RM1.00), E7 tidak melalui plaza tol dan terus bersambung dengan Persiaran Saujana Impian. Saya membelok ke Persiaran Impian Perdana, merentasi jalan-jalan di taman perumahan dan akhirnya selamat sampai ke rumah.

Kumpulan Nasyid Hijjaz

Kumpulan Nasyid Hijjaz
Klik pada gambar untuk menonton video YouTube.

Anugerah Sahabat Hijjaz Setia

Kenangan di Negara Arab

WELCOME

WELCOME
http://jeehan75.blogspot.com

MURAQABAH

  • Naib 2007 SMKBBSL.
  • Dhabit 2009 SKSS.
  • Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
  • Naib 2012 SJK(C)B.
  • Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
  • Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
  • Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
  • Rais 2017 SKLA (SMKTK).
  • Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
  • Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.