Hari pertama (26 Disember 2015), saya memandu Proton Exora membawa isteri dan tiga orang anak kami bertolak dari rumah di Kajang, Selangor menuju ke Port Dickson, Negeri Sembilan. Bergerak dari rumah pada waktu tengah hari. Jarak perjalanan dari rumah ke sini ialah kira-kira 80 kilometer sahaja.
Apabila kami sampai ke Port Dickson, kebanyakan tempat penginapan yang kami tanya telah penuh kerana hari ini dan esok merupakan cuti hujung minggu. Juga Cuti Akhir Tahun Persekolahan bagi tahun 2015. Saya mencari maklumat hotel di internet melalui telefon pintar dan membuat tempahan secara dalam talian. Kami terus menuju ke Grandpa Hotel di 1-4, Jalan DS 1/1, Bandar Dataran Segar, Lukut, 71010 Port Dickson, Negeri Sembilan. Kami mendaftar masuk ke hotel dan masuk ke Bilik 8110 di tingkat 1. Sebuah bilik dengan sebuah katil kelamin dan kadar sewa untuk 1 malam ialah RM115.00 kerana kami berada di sini selama 2 hari 1 malam sahaja. Ia terletak di seberang jalan berhampiran dengan Pasar Raya Besar Giant.
Di hotel, kami solat dan berehat terlebih dahulu. Kemudian keluar semula pergi makan dan minum di Medan Ikan Bakar, Majlis Perbandaran Port Dickson. Makanan laut dengan pelbagai jenis masakan yang kami makan ialah pepahat (siput buluh), sotong, ketam dan ikan bawal. Selepas makan, minum, melihat matahari terbenam di tepi laut dan sebagainya, kami kembali ke hotel. Solat dan kami berlima keluar semula berjalan kaki pergi ke Alive 3D Art Gallery di 38-40, Jalan DS 2/1, Bandar Dataran Segar, Lukut, 71010 Port Dickson, Negeri Sembilan. Jaraknya cuma lebih kurang 270 meter dari hotel. Tiket masuk ialah RM20.00 untuk seorang dewasa dan RM15.00 untuk seorang kanak-kanak.
Hari kedua (27 Disember 2015), kami solat, bersarapan di hotel dan pergi mandi laut di Pantai Bagan Pinang. Balik ke hotel, mandi dan bersiap diri. Kemudian, kami mendaftar keluar dari hotel pada jam 12:00 tengah hari.
Kami pergi ke Rumah Terbalik di 13A & 15, (Jalan Coral 1, Taman Coral), Batu 9, Jalan Pantai, 71050 Port Dickson, Negeri Sembilan. Tiket masuk ialah RM20.00 untuk seorang dewasa dan RM15.00 untuk seorang kanak-kanak. Selepas itu, dalam perjalanan pulang ke Kajang, kami singgah solat dan makan/ minum di Kawasan Rehat Mambau.
Ahad, 27 Disember 2015
Ahad, 20 Disember 2015
Kem Huffaz Cilik 2015
Bandar Baru Bangi, 20/12/2015 - Hari ini merupakan hari kedua iaitu hari terakhir dua orang anak saya berada di Kem Huffaz Cilik 2015. Pagi semalam (Sabtu, 19 Disember 2015), saya menghantar anak sulung dan anak kedua ke kem ini yang diadakan di Surau al-Amirin, Seksyen 4, Bandar Baru Bangi sempena Cuti Akhir Tahun Persekolahan bagi tahun 2015.
Anak-anak yang berumur di antara 7 hingga 12 tahun dikehendaki menghafaz surah-surah di dalam al-Qur’an sebagai motivasi kepada mereka untuk menghafaz. Huffaz Cilik bermaksud para penghafaz kecil. Mereka berada di kem ini selama 2 hari 1 malam selepas sesi pendaftaran pada pagi Sabtu. Pelbagai aktiviti dilakukan sepanjang hari Sabtu dan Ahad seperti taklimat, kata-kata aluan, tasmik, pembahagian kumpulan, telur melantun (ice breaking), hafazan al-Qur'an, hafazan Hadis, kuiz, eksperimen roket air, buih gergasi dan lain-lain lagi. Peserta-peserta kem menunaikan solat, makan, minum dan sebagainya di sini. Aktiviti-aktiviti lain seperti khidmat diri, qiyamullail, bacaan al-Ma'thurat, pengurusan diri (okey tak saya?), permainan perang (anak-anak lelaki), chef cilik (anak-anak perempuan), muhasabah diri, penyampaian hadiah dan sebagainya turut diadakan untuk para peserta. Saya, isteri dan anak ketiga kami yang datang dari Kajang juga bercadang untuk menyertai slot khas Kemahiran Keibubapaan yang diadakan pada hari terakhir ini.
Program ini dianjurkan oleh Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Hulu Langat di bawah Biro Keluarga dan Masyarakat (BKM) serta Kelab Anak-anak Hebat/ Nadi al-Azim (NAZIM) dengan kerjasama Ikatan Guru-guru Muslim Malaysia (i-GURU) dan Surau al-Amirin, Seksyen 4, Bandar Baru Bangi. Tahniah diucapkan kepada pihak ISMA, BKM, NAZIM, i-GURU dan Surau al-Amirin kerana mengadakan program yang bermanfaat sempena cuti sekolah kali ini.

Selasa, 8 Disember 2015
Percutian ke Ipoh 2015
Hari pertama (7 Disember 2015), saya, isteri dan tiga orang anak kami
bertolak dari rumah di Kajang, Selangor menuju ke Stesen Keretapi Tanah
Melayu Berhad (KTMB) Kajang dengan memandu Proton Exora. Saya
meletakkan kenderaan di tempat letak kenderaan di Stesen Kajang. KTMB
merupakan pengendali kereta api utama di Semenanjung Malaysia. Kemudian,
kami menaiki komuter (kereta api elektrik yang berulang-alik untuk
mengangkut penumpang ke pusat bandar, tempat kerja dan sebagainya) dari
Stesen Kajang ke Stesen Kuala Lumpur (KL) Sentral pada pagi ini. Di KL
Sentral, kami bersiar-siar terlebih dahulu sebelum menaiki ETS (Electric
Train Service) untuk ke Ipoh. Jika memandu kenderaan di jalan raya,
jarak perjalanan dari KL Sentral ke Stesen KTMB Ipoh ialah kira-kira 200
kilometer berpandukan Sistem Kedudukan Sejagat atau “Global Positioning
System” (GPS) yang saya miliki. Saya telah membeli tiket pergi dan
balik, dua hari sebelum menaiki ETS hari ini. Kadar tambang ETS Silver
ialah RM25.00 sehala untuk seorang dewasa dan RM17.00 sehala untuk
seorang kanak-kanak.
Jam 12:30 tengah hari, kami mula bergerak meninggalkan KL Sentral. Ini merupakan kali pertama kami menaiki ETS. Berpandukan GPS yang saya pegang ketika berada di dalam ETS, kelajuannya boleh mencecah sehingga 151 kilometer sejam. ETS Silver berhenti di 15 buah stesen. KL Sentral, Kuala Lumpur, Kepong Sentral, Sungai Buloh, Rawang, Batang Kali, Kuala Kubu Bharu, Tanjung Malim, Behrang, Slim River, Sungkai, Tapah Road, Kampar, Batu Gajah dan Ipoh. Kami sampai ke Stesen Ipoh pada jam 3:00 petang.
Kami sudah berada di bandar raya Ipoh. Turun dari ETS, kami berehat terlebih dahulu di stesen kereta api dan saya mencari maklumat hotel di internet melalui telefon pintar. Kami menaiki sebuah teksi dan pergi ke D’ Eastern Hotel di 118, Jalan Sultan Idris Shah, 30000 Ipoh, Perak. Kami mendaftar masuk ke hotel dan masuk ke Bilik 109 di tingkat 1 pada jam 3:45 petang. Sebuah bilik keluarga dengan dua buah katil (katil kelamin dan katil bujang). Kadar sewa untuk 1 malam ialah RM128.00 dan kami berada di bandar raya Ipoh ini selama 2 hari 1 malam. Kami bersiap diri, solat dan sebagainya sebelum pergi ke Restoran Rojak dan Cendol Saleem. Selepas makan dan minum, kami bersiar-siar di kawasan berhampiran sambil berjalan kaki. Kemudian, kembali ke bilik hotel. Mandi, berkemas diri, solat dan keluar semula. Kami pergi ke Gerbang Malam yang terletak tidak jauh dari hotel. Singgah makan dan minum di Sri Kedah Masakan Utara. Ada juga makanan dan minuman yang kami bungkus serta dibawa pulang ke hotel.
Hari kedua (8 Disember 2015), selepas solat, kami bersarapan di dalam bilik hotel sahaja kerana ada disediakan bahan minuman. Juga terdapat makanan dan minuman malam semalam yang telah dibungkus untuk sarapan pagi ini. Kami mendaftar keluar dari hotel dan menaiki teksi sama seperti semalam untuk ke Stesen Ipoh.
Jam 11:00 pagi, kami mula bergerak meninggalkan Stesen Ipoh. Merentasi 3 buah negeri iaitu Perak, Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur untuk sampai ke KL Sentral pada jam 1:30 petang. Di KL Sentral, kami makan, minum dan solat terlebih dahulu sebelum menaiki komuter pulang ke Kajang. Sampai di Stesen Kajang, kami mendapatkan semula Proton Exora di tempat letak kenderaan. Saya memandu keluar, membuat pembayaran di kaunter pandu lalu pada jam 4:00 petang dan meninggalkan Stesen Kajang. Singgah sekejap membeli makanan serta minuman di tepi jalan dan akhirnya kami selamat sampai ke rumah.

Selasa, 1 Disember 2015
Mengapa Masjid Dipinggirkan?
Mana jemaah? Dah lama orang tak datang ramai kat masjid ni. Salah siapa ya?
Masjid dipinggirkan. Bukan suatu yang fantasi tapi suatu yang realiti. Berlaku di tempat tuan-tuan.
Allah S.W.T. telah berfirman: Maksudnya: Hanya yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat serta mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat serta tidak takut melainkan kepada Allah, (dengan adanya sifat-sifat yang tersebut) maka adalah diharapkan mereka menjadi daripada golongan yang mendapat petunjuk. (Surah at-Taubah: Ayat 18).
Apabila bilal melaungkan azan, janganlah pekakkan telinga. Datanglah ke masjid untuk menyahut seruan Allah. Kita mestilah menjejakkan kaki ke rumah Allah. (Abdullah) Ibnu Ummu Maktum berkata: Maksudnya: Wahai Rasulullah, saya seorang yang buta dan rumahku pula jauh dari masjid. Penunjuk jalan saya tidak serasi dengan diri saya. Adakah keringanan untuk saya bersolat di rumah? Rasulullah s.a.w. bertanya: Adakah kamu mendengar azan? Jawabku: Ya. Rasulullah s.a.w. bersabda: Kamu tidak mendapat keringanan. (Riwayat Abu Daud).
Apa punca orang pinggirkan masjid? Adakah iman kita rendah sangat atau pun masalah pengurusan masjid? Galakkan orang ramai dan kanak-kanak datang ke masjid. Ayuh, laksanakan program-program di masjid menggunakan wang tabungan yang banyak itu. Bentuk masyarakat agar cinta kepada Allah dan cinta ke rumah Allah. Jangan kita berbalah dalam masjid kerana Allah sangat memuliakan rumah Allah.

Sabtu, 28 November 2015
Majlis Ihtifal Tadika Permata Harapan 2015
Kajang, 28/11/2015 – Tadika tempat anak ketiga saya belajar telah
mengadakan Majlis Ihtifal kali yang keenam malam ini di Function Room,
Impian Golf & Country Club, Saujana Impian. Tadika Permata Harapan
(TPH) telah beroperasi sejak awal tahun 2010 dan mula menempatkan
pelajar-pelajarnya secara rasmi pada 4 Januari 2010. Anak sulung dan
anak kedua saya juga merupakan bekas pelajar tadika ini.
Pelajar-pelajarnya terdiri daripada kanak-kanak yang berumur sekitar
empat, lima dan enam tahun.
Saya, isteri dan tiga orang anak kami telah tiba di Function Room, Impian Golf & Country Club, Saujana Impian beberapa minit sebelum jam 8:00 malam tadi. Majlis dimulakan dengan kata-kata aluan daripada pengacara majlis dan persembahan pembukaan as-Salamu a’laikum daripada pelajar-pelajar TPH. Beberapa orang pelajar juga membacakan doa’ pembukaan, bacaan Surah asy-Syams serta terjemahannya dan ucapan perasmian disempurnakan oleh tetamu kehormat. Ia diteruskan lagi dengan beberapa buah persembahan pelajar-pelajar.
Di dalam kelas Solahuddin al-Ayyubi, anak ketiga saya mendapat nombor 3 daripada 16 orang pelajar (3/16) untuk penggal 2/2015. Jumlah markah keseluruhan ialah 579/600 (Gred A). Dia mendapat markah Bahasa Melayu 100/100, Bahasa Arab 100/100, Bahasa Inggeris 98/100, Pendidikan Islam 94/100, Sains 87/100 dan Matematik 100/100.
Anak ketiga saya yang berumur lima tahun ini juga membuat beberapa buah persembahan bersama rakan-rakannya termasuk persembahan penutup. Dia menerima hadiah, gambar peribadi dan gambar kelas lima tahun. Saya pun menerima hadiah iaitu untuk kategori cabutan bertuah.
Majlis malam ini berakhir selepas saya memimpin bacaan doa’ penutup. Kira-kira jam 11:00 malam, majlis pun tamat. Tetamu yang hadir mengambil jamuan dan mula beredar meninggalkan majlis. Tahniah diucapkan kepada pihak pengurusan TPH kerana telah berjaya mengadakan Majlis Ihtifal Tadika Permata Harapan Kali Ke-6 dengan motto tadika yang berbunyi ‘Membina Generasi Pintar Soleh’.

Ahad, 22 November 2015
Akhlak Cemerlang, Akademik Seimbang
Tahniah dan syabas untuk anak-anak yang telah berjaya mendapat keputusan peperiksaan yang cemerlang. Jangan risau jika tidak cemerlang kerana itu hanya ukuran akademik sahaja.
Para ibu bapa jangan terlalu menekan anak-anak untuk mendapat keputusan akademik yang cemerlang sahaja. Beri penekanan kepada akhlaknya dan nanti akademiknya akan mengikut. Insya-Allah.
Hentikanlah budaya datuk dan nenek yang asyik bertanyakan anak masing-masing apakah keputusan peperiksaan cucu-cucu mereka setiap kali pulang ke kampung lalu membuat perbandingan antara cucu ini dengan cucu yang lain.
Cukuplah mengajar generasi hidup sentiasa dalam perlumbaan ini. Pernahkah kita menyelidiki matlamat diadakan peperiksaan? Untuk kenal kemampuan anak kita atau untuk membangga diri apabila anak kita mendapat nombor satu?
Kita yang nengetahui kemampuan anak-anak sendiri lebih daripada itu. Mengapa perlu pecah kepala untuk masuk ke perlumbaan mengejar terbanyak A atau kedudukan pertama? Kita bimbang apabila tadika juga sudah mula mengadakan peperiksaan sekarang ini. Apabila bertanyakan pengusaha tadika, mereka menjawab "Tadika kami memang asalnya tiada peperiksaan tetapi ibu bapa yang minta peperiksaan diadakan untuk menilai keberkesanan tadika dalam mendidik anak-anak mereka".
Di sesetengah negara lain, guru mereka sendiri memberi laporan dan berbincang dengan ibu bapa berkenaan prestasi anak. Tiada peperiksaan di peringkat sekolah kecuali untuk kemasukan ke universiti sahaja.
Apabila tiada peperiksaan, maka tiadalah perlumbaan. Pernahkah kita melihat pertandingan lumba lari? Orang yang telah berada di hadapan tidak akan memperlahankan lariannya untuk membantu peserta lain. Mereka pasti mahu menghabiskan perlumbaan untuk hadiah tempat pertama. Hanya ada satu hadiah untuk tempat pertama.
Ada yang berpendapat jika tiada perlumbaan, semua murid dan pelajar akan memastikan rakan-rakan yang terlambat juga dibantu bersama dengan semangat berpasukan yang kuat. Dengan cara ini, anak-anak yang pulang ke rumah tidak akan tertekan untuk persaingan tersebut. Perbincangan antara rakan-rakan dalam pelajaran akan membantu mereka untuk pemahaman yang lebih baik. Bukan semua perkara perlu dihafal kecuali perkara-perkara tertentu seperti ayat-ayat al-Qur’an dan sebagainya.
Kalau anak-anak kita pulang dengan keputusan peperiksaan yang tidak cemerlang, peluklah mereka dengan erat dan beritahu mereka bahawa ini hanya peperiksaan. Kita tahu kemampuan mereka. Masih ada ruang dan peluang. Ini boleh membuatkan mereka terus bersemangat untuk menuntut ilmu.

Selasa, 10 November 2015
Temerloh, Bandar Ikan Patin
Temerloh, 10/11/2015 - Dalam perjalanan dari Kuala Lipis (Pahang) ke Jasin (Melaka), saya, isteri dan tiga orang anak kami telah singgah ke bandar Temerloh di Pahang. Bandar ini dikenali sebagai Bandar Ikan Patin.
Saya memandu Proton Exora dan meletakkan kenderaan di hadapan C1, Gerai Kak Mek/ Afidah (Singgah Sokmo) yang menyediakan pelbagai makanan seperti Nasi Berlauk, Patin Masak Tempoyak, Masakan Kampung dan Masakan Panas.
Jam 11:05 pagi, kami sekeluarga masuk ke gerai berkenaan yang terletak di Lurah Semantan. Kami memesan menu 2 mangkuk Gulai Tempoyak Ikan Patin (2 ketul kepala ikan), 3 pinggan nasi cukup untuk kami lima beranak dan 2 pinggan kosong turut disediakan. Saya mengambil 1 mangkuk tauge serta memesan minuman 2 gelas Laici, 2 gelas Milo dan 1 mangkuk Laici Kang. Saya telah membayar sebanyak RM48.00 untuk harga makanan dan minuman selepas makan tengah hari kali ini.
Perjalanan diteruskan dan kami singgah ke sebuah kedai di tepi Sungai Pahang yang menjual ikan patin hidup. Kedai tersebut terletak berhampiran dengan Sekolah Kebangsaan Kampung Tengah. RM17.00 harga bagi 1 kilogram ikan patin sangkar dan kami membeli 2 ekor untuk dibawa pulang ke Jasin (kampung emak isteri). Kami telah berada 2 malam di Kuala Lipis (kampung emak saya). Perancangan berada 2 malam juga di Jasin, Melaka. Hari ini merupakan hari cuti umum sempena Deepavali.
Berhenti pula di Masjid Daerah Bandar Seri Jempol (Negeri Sembilan) dan kami meneruskan perjalanan lagi. Akhirnya selamat sampai ke destinasi yang dituju selepas saya memandu kira-kira 278 kilometer dari Kuala Lipis melalui Kerambit, Jerantut, Kuala Krau, Temerloh, Bera, Bandar Seri Jempol, Bahau, Rompin, Gemencheh, Batang Melaka, Selandar dan sampai ke Jasin. Kami telah menempuh perjalanan di 3 buah negeri hari ini iaitu Pahang, Negeri Sembilan dan Melaka.

Ahad, 1 November 2015
Muhasabah Cinta
Wahai, Pemilik nyawaku. Betapa lemah diriku ini. Berat ujian
dari-Mu. Kupasrahkan semua pada-Mu. Tuhan, baruku sedar. Indah nikmat sihat
itu. Tak pandai aku bersyukur. Kini kuharapkan cinta-Mu.
Kata-kata cinta terucap indah. Mengalir berzikir di kidung doa’ku. Sakit yang kurasa biar. Jadi penawar dosaku. Butir-butir cinta air mataku. Teringat semua yang Kau beri untukku. Ampuni khilaf dan salah selama ini. Ya Ilahi, muhasabah cintaku.
Tuhan, kuatkan aku. Lindungiku dari putus asa. Jika kuharus mati. Pertemukan aku dengan-Mu.

Sabtu, 24 Oktober 2015
Komen Ibu Bapa, Jerebu dan Cuti Sekolah 2015
Kami rasa malu sebab institusi kekeluargaan sebahagian rakyat Malaysia sangat rapuh. Ibu bapa gila kerja dan gila duit. Mereka menganggap kerja mereka lebih penting daripada anak sendiri. Mereka tidak sedar bahawa memelihara anak-anak adalah kerja yang paling penting bagi seorang ibu dan bapa. Jangan sampai tinggalkan anak dan mengabaikan mereka untuk cari duit.
Kami rasa malu sebab sesetengah ibu bapa zaman sekarang boleh dikatakan cetek pengetahuan ilmu agama. Meletakkan guru yang mendidik anak-anak mereka setaraf pengasuh. Menghina kerjaya guru dan para guru. Ada di antara ibu bapa yang datang ke sekolah dengan ayat bongkak: Cikgu, saya ini jurutera, isteri saya ini akauntan, tahu. Kami ini golongan profesional.
Apa tujuan ayat itu? Dia tidak tahu di dalam bilik guru ada ramai guru yang bertaraf Master (Sarjana) dan PhD (Doktor Falsafah). Tidak pula dicanangkan taraf pendidikan kami kepada masyarakat apatah lagi di laman soasial Facebook. Kebanyakan daripada kami memiliki Ijazah Sarjana Muda lulusan pelbagai universiti sama ada dari dalam atau luar negara. al-Hamdulillah, ramai guru mempunyai satu kriteria yang sama iaitu tidak bongkak dan sebab itulah kami terpilih menjadi guru.
Kami rasa malu bagi pihak ibu bapa yang berkerjaya hebat dan berpendidikan tinggi sebab mereka terpaksa menghantar anak-anak ke sekolah untuk dididik oleh para guru yang mereka anggap tidak setaraf dengan mereka. Jika mereka profesional, kenapa ada di kalangan anak mereka yang berumur 7 tahun masih belum kenal yang mana satu tangan kanan dan tangan kiri? Sepanjang dia hidup 6 tahun di rumah bersama ibu bapanya apa yang telah berjaya diajar kepada anak itu di rumah? Selaku manusia profesional?
Selaku guru-guru, kami cadangkan marilah kita sama-sama mendalami ilmu agama dan ilmu keibubapaan. Kenali anak-anak kita, kenali apa taraf guru mereka di hati anak-anak dan di sisi agama.
Pengasuh anak-anak kami juga pernah bercuti dan ada di antara guru-guru yang pernah membawa bayi mereka masuk ke kelas. Mengajar murid-murid sambil mendukung anak selama berjam-jam. Demi Allah, sesi pengajaran memang sangat terganggu tetapi hendak buat macam mana? Anak sendiri, sendirilah yang kena jaga kerana pengasuh bercuti. Malahan ada banyak cara untuk menyelesaikan masalah siapa yang boleh tolong menjaga anak. Fikirlah sendiri. Golongan profesional katakan. Tidak perlu mengadu di media rasanya. Memalukan.
Rabu, 14 Oktober 2015
Hijrah dari Kuala Lipis ke Kajang
Hari ini, 1 Muharram 1437 Hijrah (14 Oktober 2015 Masihi) ialah pada hari Rabu dan merupakan hari cuti umum di Malaysia. Saya, isteri dan tiga orang anak kami sedang berada di rumah sendiri di Kajang, Selangor. Ketiga-tiga orang anak kami dilahirkan di Hospital Kajang. Saya dilahirkan di sebuah kampung di Kuala Lipis, Pahang dan isteri saya pula dilahirkan di sebuah kampung di Jasin, Melaka.
Pada tahun 2006, rumah teres dua tingkat dengan keluasan 18 kaki x 55 kaki telah dibuka untuk jualan dengan harga RM144,150 (Pegangan Bebas). Keluasan binaan dalaman pula ialah kira-kira 1155 kaki persegi. Kami membelinya dan mula berpindah ke rumah sendiri pada tahun 2008 serta tinggal di sini hingga ke hari ini. Rumah ini mempunyai 3 buah bilik tidur, 3 buah bilik air, bilik serbaguna, ruang tamu, ruang makan, dapur dan anjung kereta. Kami telah membuat beberapa pengubahsuaian untuk rumah ini sejak tinggal di sini.
Pada tahun 2015, saya berminat dengan pelaburan hartanah kerana harga rumah bertanah biasanya nilai pasaran akan meningkat lebih cepat berbanding dengan rumah pangsa. Hari ini, saya mula membayar RM1,000.00 deposit untuk tempahan membeli sebuah rumah teres setingkat dengan keluasan 20 kaki x 65 kaki. Ia telah dibuka untuk jualan dengan harga RM200,000 (Rizab Melayu dan Hak Milik Kekal). Keluasan binaan dalaman pula ialah kira-kira 900 kaki persegi. Rumah ini mempunyai 3 buah bilik tidur, 2 buah bilik air, ruang tamu, ruang makan, dapur dan anjung kereta. Projek perumahan ini dijangka akan siap pada bulan Ogos 2017.

Khamis, 8 Oktober 2015
Data Frog VLE 1BestariNet SKTP Minggu Ke-41 (2015)
Sekolah Kebangsaan Taman Puteri, Cheras, Hulu Langat, Selangor telah mencapai KPI (Key Perfomance Indicators) atau Penunjuk Prestasi Utama yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia pada minggu ke-41 (Khamis, 1 Oktober 2015 hingga Rabu, 7 Oktober 2015).
Sasaran KPI pada bulan Oktober 2015 ialah 18.7% dan Sekolah Kebangsaan Taman Puteri telah mencapai 49.4% penggunaan Frog VLE (Virtual Learning Environment) atau Persekitaran Pembelajaran Maya pada minggu ke-41. Keputusannya dapat diketahui pada hari ini (Khamis, 8 Oktober 2015).
Penggunaan minimum selama 5 minit bagi seorang murid dan jika sebanyak 20% daripada jumlah murid berbuat demikian, ia sudah cukup untuk sekolah mencapai KPI pada minggu berkenaan. Contohnya ialah 20 / 100 x 334 orang murid = 66.8 orang murid. Dalam masa yang sama, guru-guru boleh memberi tugasan, ujian dan markah secara maya kepada murid-murid. Mereka boleh menghantar kerja rumah yang diberi dan menyemak markah yang diperolehi melalui Frog VLE 1BestariNet. Ibu bapa pula boleh berkomunikasi dengan guru-guru dan pihak pentadbir sekolah melalui program ini.
Persekitaran Pembelajaran Maya boleh diakses di mana jua, pada bila-bila masa dengan adanya sambungan internet. Setiap sekolah mempunyai URL (Uniform Resource Locator) atau Pelokasi Sumber Seragam yang tersendiri untuk tujuan log masuk menggunakan Yes ID dan Password yang dibekalkan oleh pihak 1BestariNet.
1BestariNet adalah projek yang diinisiatifkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dan dilaksanakan dengan kerjasama YTL Communications.

Khamis, 1 Oktober 2015
Kebitaraan Pingpong Sekolah Kluster Kecemerlangan
Cheras, 01/10/2015 - Pihak Sekolah Kebangsaan Taman Puteri (SKTP) telah mengadakan Bengkel Pengenalan Sukan Pingpong kepada guru-gurunya selepas tamat sesi pengajaran dan pembelajaran jam 1:00 petang. Azan Zohor pada hari ini ialah pada jam 1:06 petang. Selepas solat Zohor, saya menyertai bengkel ini. Guru-guru di sekolah ini ada yang pernah bermain pingpong dan ada yang belum pernah.
SKTP baru saja dipilih sebagai Sekolah Kluster Kecemerlangan (SKK) pada tahun 2015 ini. Dalam bidang kokurikulum, sukan pingpong menjadi pilihan. Semua murid di sekolah ini juga didedahkan dengan sukan pingpong. SKK ialah satu jenama yang diberi kepada sekolah yang dikenal pasti cemerlang dalam klusternya daripada aspek pengurusan sekolah dan kemenjadian murid. Kewujudan SKK bertujuan melonjakkan kecemerlangan sekolah dalam sistem pendidikan Malaysia dan menjadi contoh kepada sekolah-sekolah yang berada di luar kluster kecemerlangan.
Bitara bermaksud tiada taranya, hanya satu-satunya (Kamus Dewan Edisi Keempat). Bengkel Pengenalan Sukan Pingpong tadi merupakan salah satu Program Kluster Sekolah Kebitaraan Pingpong di SKTP.

Jumaat, 18 September 2015
Khutbah Jumaat Ke-5 Saya di SRF
Kajang, 18/09/2015 - Giliran saya menyampaikan khutbah Jumaat yang bertajuk "Bersatu Teguh, Bercerai Roboh" di Surau Raudhatul Firdaus (SRF), Impian Murni, Saujana Impian. Ini merupakan penyampaian khutbah Jumaat kali ke-5 saya di SRF. Hari ini merupakan solat Jumaat kali ke-25 di SRF sejak solat Jumaat kali pertama diadakan di surau ini pada 3 April 2015. SRF mula dibina sekitar Julai 2013 dan mula digunakan sekitar Jun 2014.
Jumaat hari ini ialah 18 September 2015 bersamaan dengan 4 Zulhijjah 1436. Saya telah menyampaikan khutbah Jumaat tadi berpandukan teks yang dibekalkan oleh pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Ia boleh dimuat turun melalui laman web Bahagian Pengurusan Masjid JAIS. Azan Zohor hari ini ialah pada jam 1:10 petang.
Rasulullah s.a.w. bersabda: Maksudnya: [Asabiyah ialah] bahawa kamu membantu dan bekerjasama dengan kaummu dalam melakukan kezaliman. (Riwayat Abu Daud). Persaudaraan yang dianjurkan oleh al-Qur'an ialah perpaduan yang berasaskan rasa persaudaraan yang tumbuh daripada ketakwaan kita kepada Allah.
Allah S.W.T. telah berfirman: Maksudnya: Wahai umat manusia, sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu daripada kalangan lelaki dan perempuan serta Kami telah menjadikan kamu pelbagai bangsa dan puak supaya kamu saling kenal-mengenal antara satu sama lain. Sesungguhnya orang yang paling mulia di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu [bukan kerana keturunan atau bangsanya]. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal. (Surah al-Hujurat: Ayat 13).
Perpaduan ummah tidak akan dapat dilakukan hanya dengan perkiraan untung rugi politik semata-mata. Ia harus tumbuh daripada hati yang telah ditumbuhi ketakwaan dan kepatuhan kepada Allah. Kejayaan usaha perpaduan ummah sangat tergantung kepada faktor hati yang bersih dan sentiasa mengharapkan redha Allah.

Isnin, 14 September 2015
Bengkel Pembugaran Frog VLE 2015
Cheras, 14/09/2015 - Saya telah sampai ke Pusat Kegiatan Guru (PKG) Cheras beberapa minit sebelum jam 8:30 pagi untuk menghadiri Bengkel Pembugaran Frog VLE (Virtual Learning Environmet) atau Persekitaran Pembelajaran Maya. Ia di bawah program 1BestariNet Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Bengkel hari ini diadakan dari pagi hingga ke petang anjuran PKG Cheras melibatkan guru-guru sekolah rendah dan menengah dari zon Cheras yang menguruskan pelaksanakan penggunaan pelantar Frog VLE 1BestariNet KPM. Kami membawa komputer riba masing-masing untuk berbengkel di bilik seminar Congkak 2.
Selepas bersarapan pagi, Cik Nurhuda binti Ahmad, Pegawai Teknologi Pendidikan, PKG Cheras memulakan bengkel hari ini dengan taklimat pembukaan. Antaranya ialah berkenaan pengurusan dan penggunaan Frog VLE di sekolah. Juga mengenai KPI (Key Performance Indicators) atau Penunjuk Prestasi Utama yang mesti dicapai.
Encik Ruzaime bin Razak, Guru Penolong Kanan Kokurikulum, Sekolah Kebangsaan Saujana Impian 2 yang juga Ketua Pemantau Frog VLE daerah Hulu Langat memberikan ceramahnya dan kami melog masuk ke program 1BestariNet untuk tujuan bengkel. Antara perkara penting yang perlu dilakukan di sekolah ialah mewujudkan Jawatankuasa Pasukan Petugas (Task Force) untuk Frog VLE. Aduan boleh dibuat di 1bnselfcare.yes.my jika terdapat sebarang masalah untuk menjayakan program ini.
Puan Suhaila binti Mohd Hassim dari Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Langat juga menyampaikan taklimatnya berkenaan bengkel pembugaran pada kali ini. KPI dibaca dari Khamis hingga ke Rabu untuk setiap minggu.
Selepas makan tengah hari dan solat Zohor, Encik Sazali bin Ismail dari Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Selangor turut memberikan ucapan penutupan dan meminta guru-guru yang menguruskan program ini di sekolah dapat mencapai KPI yang ditetapkan oleh KPM. Sentiasa berhubung dengan HelpDesk 1BestariNet kalau terdapat masalah yang tidak dapat diselesaikan.

Sabtu, 12 September 2015
Kek Lobak Merah
Bahan-bahan untuk membuat Kek Lobak Merah:
3 batang lobak merah (2 1/2 cawan parutan lobak).
4 biji telur.
1 cawan minyak jagung.
2 cawan tepung.
1 sudu teh soda bikarbonat.
1 1/2 sudu teh serbuk penaik (baking powder).
1 1/2 sudu teh serbuk buah pala (nutmeg).
1 1/2 sudu teh serbuk kayu manis.
1/2 sudu teh garam.
1 1/2 cawan gula putih.
1 sudu teh vanila.
1 cawan kacang walnut yang dicincang.
250 gram krim keju.
Cara-cara membuatnya:
1-Panaskan ketuhar (oven) 185 darjah celcius dan sapukan sedikit minyak pada tin kek.
2-Campurkan tepung, soda bikarbonat, serbuk penaik, serbuk buah pala, serbuk kayu manis, garam dan ayak dengan cara menggoyang-goyangkan pengayak (alat untuk menapis barang yang halus).
3-Pukul telur dan gula menggunakan senduk kayu kerana ia tidak perlu dipukul terlalu lama (tidak perlu menggunakan mesin).
4-Masukkan minyak, pukul telur dan gula hingga sebati.
5-Masukkan campuran tepung tadi sedikit demi sedikit ke dalam adunan telur dan kacau hingga sebati.
6-Masukkan parutan lobak, vanila dan kacang cincang. Kacau hingga sebati dan tuangkan ke dalam tin kek.
7-Bakar di dalam ketuhar lebih kurang 40 minit hingga 1 jam (bergantung kepada saiz tin kek).
8-Selepas 40 minit, cuba cucuk dengan garpu atau lidi dan jika ia tidak melekat bermakna kek sudah masak.
Kek Lobak Merah sedia untuk dihidang. Sejukkan kek sebelum disapu dengan krim keju. Simpan di dalam peti sejuk jika ia tidak habis dimakan.

Selasa, 1 September 2015
Google Chromecast & BenQ Projector
Saya telah membeli Google Chromecast pada hari Khamis, 6 Ogos 2015 dengan harga RM176.00 secara dalam talian. Kira-kira seminggu kemudian, saya telah menerima barang yang dipesan. Saya juga telah membeli BenQ Projector pada hari Ahad, 16 Ogos 2015 dengan harga RM1,699.00 tetapi dibeli di kedai komputer menggunakan kad debit. Saya telah mendapat hadiah sebuah beg BenQ, HDMI Cable & BenQ Projection Screen (worth RM199.00).
Chromecast merupakan peranti daripada Google yang membolehkan pengguna untuk berkongsi sesuatu yang sedang ditonton daripada pelbagai jenis komputer, telefon pintar dan lain-lain ke skrin TV besar atau dipancar menggunakan projektor. Jika menggunakan komputer, pengguna hendaklah menggunakan pelayar web Google Chrome untuk mendapatkan aplikasi Google Cast. Kalau menggunakan telefon pintar, ia boleh dilakukan melalui aplikasi pada Android dan iPhone. Peranti Chromecast hendaklah dimasukkan ke slot HDMI (High-Definition Multimedia Interface) pada TV atau projektor. Gunakan kabel USB (Universal Serial Bus) untuk menyediakan kuasa kepada Chromecast. Pastikan Chromecast dan juga peranti yang digunakan berhubung dengan rangkaian Wi-Fi yang sama.
The BenQ MX661 is just the projector you need to perfect your presentation in all settings. Projection System: DLP (Digital Light Processing). Native Resolution: XGA (1024x768). Brightness (ANSI Lumens): 3000. Contrast Ratio: 13000:1. Display Color: 1.07 Billion Colors. Lens: F=2.51-2.69, f=21.95-24.18mm. Lamp Type: 210W. Interface: Computer in (D-sub 15pin) x 2(Share with component). Monitor out (D-sub 15pin) x 1. HDMI (1.4a) x 1. Composite Video in (RCA) x 1. S-Video in (Mini DIN 4pin) x 1. Audio in (Mini Jack) x 1. Audio out (Mini Jack) x 1. Microphone in (Mini Jack) x 1. Speaker 2W x 1. LAN (RJ45) x 1 (LAN Control & LAN Display). USB (Type A) x 1 (USB Reader with Office Viewer & Wireless Display). USB (Type B) x 1 (Download & Page up/Down. USB (Type mini B) x 1 (USB display & Download). RS232 (DB-9pin) x 1. IR Receiver x1 (Front). Weight: 2.6KG.

Jumaat, 28 Ogos 2015
Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru 2015
Port Dickson, 28/08/2015 - Hari ini merupakan hari terakhir saya berada di Port Dickson Golf & Country Club, Batu 5 1/2, Jalan Pantai, Si Rusa, 71050 Port Dickson, Negeri Sembilan. Saya berada di sini kerana telah dipilih oleh Unit Kurikulum, Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pendidikan Selangor untuk menghadiri Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Pendidikan Islam dan Bahasa Arab Sekolah Rendah Tahun 2015.
Kursus dianjurkan oleh Jabatan Pendidikan Selangor diadakan pada 26, 27 dan 28 Ogos 2015 di dewan Rusa 9. Minum petang, minum malam dan minum pagi di Cafe' Pavilion. Makan malam, sarapan pagi dan makan tengah hari di D'Eagle Coffee House. Saya dan rakan-rakan berada di sini kira-kira 3 hari 2 malam untuk menghadiri kursus yang melibatkan guru-guru mata pelajaran Pendidikan Islam dan Bahasa Arab dari seluruh Selangor.
Hari pertama saya datang ke sini ialah pada hari Rabu, 26 Ogos 2015 dengan memandu kereta. Jam 12:05 tengah hari, saya bertolak dari rumah di Kajang. Jam 12:21 tengah hari hingga 12:51 tengah hari, saya berhenti makan tengah hari di Kawasan Rehat Beranang, Lebuhraya Kajang - Seremban (E21). Saya memeruskan perjalanan. Jam 1:32 petang hingga 1:47 petang, saya berhenti solat Zohor di Kawasan Rehat Mambau, Lebuhraya Seremban - Port Dickson (E29). Saya meneruskan pemanduan dan akhirnya sampai ke destinasi. Jam 2:05 petang, saya turun dari kereta dan mendaftar masuk ke Bilik 125 di Blok A. Jarak perjalanan dari rumah ke sini ialah kira-kira 80 kilometer sahaja. Saya menghadiri kursus di dewan Rusa 9 mengikut slot-slot yang telah ditetapkan. Slot 1: Guru Cemerlang Murid Terbilang, Slot 2: Pengajaran dan Pembelajaran Abad Ke-21, Slot 3: Prinsip Pedagogi dan Kelas Abad Ke-21, Slot 4: Inovasi Buku Teks, Slot 5: Sistem Ejaan Jawi Yang Disempurnakan, Slot 6: Pengajaran dan Pembelajaran Jawi Berkesan serta Bengkel Inovasi Buku Teks (sedang berjalan ketika ini) dan Slot 7: Isu dan Cabaran serta Penutup.

Isnin, 24 Ogos 2015
Kursus Penyebaran DSKP KSSR Bahasa Arab 2015
Kajang, 24/08/2015 - Saya menghadiri Kursus Penyebaran Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Peringkat Zon Cheras serta Zon Ampang 2015 Bagi Mata Pelajaran Bahasa Arab Tahun 6 Pelaksanaan Sesi 2016 bertempat di Sekolah Kebangsaan Saujana Impian (SKSI).
Kursus dianjurkan oleh Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Langat (PPDHL) diadakan pada 24 dan 25 Ogos 2015. Saya telah sampai ke SKSI beberapa minit sebelum jam 8:00 pagi tadi. Kursus dijalankan di Kamar Saujana.
Pengendali-pengendali dan peserta-peserta kursus bersarapan pagi di Kamar Saujana. Kemudian, saya (Ustaz Norjeehan bin Ahmad Mustapa) dari Sekolah Kebangsaan Taman Puteri (Zon Cheras), Hulu Langat yang telah dilantik sebagai fasilitator menyampaikan ceramah untuk slot pertama berkenaan dengan pengenalan kursus Bahasa Arab dan taklimat umum KSSR serta DSKP. Ustazah Salmah binti Salleh dari Unit Pendidikan Islam, PPDHL turut menyampaikan taklimat setelah saya menjemputnya ke hadapan. Ustaz Nor Azamri bin Ishak dari Sekolah Kebangsaan Dusun Tua (Jurulatih Utama Daerah Hulu Langat) menyampaikan ceramah mengenai kandungan DSKP Bahasa Arab KSSR Tahun 6. Berhenti makan tengah hari di Kamar Saujana dan solat Zohor di Musolla al-Falah. Kursus diteruskan dengan penyampaian oleh Ustaz Mohd Haniff bin Talib dari Sekolah Kebangsaan Taman Desa (Jurulatih Utama Daerah Gombak) berkenaan Operasi DSKP Bahasa Arab Tahun 6. Kursus masih berjalan ketika ini dan akan disambung pada hari esok.

Rabu, 12 Ogos 2015
Taklimat Khas 2015
Port Dickson, 12/08/2015 - Hari ini merupakan hari terakhir saya berada di The Grand Beach Resort, Batu 5, Jalan Pantai, 71050 Port Dickson, Negeri Sembilan.
Saya telah ditempatkan di sebuah bilik di tingkat 3. Ia merupakan sebuah bilik seperti hotel dengan dua buah katil. Taklimat khas diadakan pada 10, 11 dan 12 Ogos di Sri Menanti Ballroom. Minum petang, minum malam dan minum pagi di luar dewan taklimat iaitu bersebelahan dengan Sri Menanti Ballroom. Makan malam, sarapan pagi dan makan tengah hari pula di Sri Kelana Coffee House. Saya dan rakan-rakan berada di sini kira-kira 3 hari 2 malam untuk taklimat khas.
Atur cara terakhir sebelum bersurai dan meninggalkan Bilik 386 pada hari ini ialah taklimat, rumusan dan penutup. Saya mendaftar keluar dari bilik, makan tengah hari dan bertolak meninggalkan perkarangan resort pada jam 1:05 petang.
Perjalanan pulang saya dari The Grand Beach Resort, Port Dickson ke rumah di Kajang ialah kira-kira 79 kilometer. Saya memandu kereta di Jalan Pantai, membelok ke Persiaran Pahlawan, masuk ke Lebuhraya Seremban - Port Dickson (E29) dan keluar di Plaza Tol Mambau (RM3.20). Saya meneruskan pemanduan di Jalan Rasah, Jalan Tuanku Antah merentasi bandar Seremban, Jalan Dato' Bandar Tunggal, Jalan Tun Dr Ismail, masuk ke Lebuhraya Kajang - Seremban (E21) melalui Plaza Tol Setul dan keluar di Plaza Tol Kajang Selatan (RM4.90). Kemudian, saya memandu di jalan Pintasan Kajang - Semenyih dan terus bersambung dengan Persiaran Saujana Impian. Saya membelok ke Persiaran Perdana, merentasi jalan-jalan di taman perumahan dan akhirnya selamat sampai ke rumah kira-kira jam 2:15 petang.

Langgan:
Ulasan (Atom)
MURAQABAH
- Naib 2007 SMKBBSL.
- Dhabit 2009 SKSS.
- Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
- Naib 2012 SJK(C)B.
- Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
- Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
- Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
- Rais 2017 SKLA (SMKTK).
- Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
- Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.
Pautan Tambahan
- RCC Global (M) Sdn Bhd
- RCC Worldwide (M) Sdn Bhd
- Munif Hijjaz Marketing Sdn Bhd
- Keluarga Ku Bahagia (Kekuba)
- eZakatPAY (Selangor)
- Sign In To Microsoft
- Muat Turun Video Daripada Internet
- Muat Turun Video Daripada Smule
- al-Muqri' (Pengajar Bacaan al-Qur'an}
- Sistem Maklumat Pendidikan Islam JAKIM
- Paparan Gambar Status Trafik Semasa
- Malaysia Highways Live Traffic Cameras
- Indeks Pencemaran Udara - IPU
- Kalkulator - Imperial to Metric
- Android Device Manager
- Nasyid Mp3 Download
- Free Online Games
- UniFi Specialist by TM
- TuneIn (0nline) - IKIM FM
- Microsoft Bing - Cipta imej daripada perkataan dengan AI
- Live TV Stereaming - Online TV
- Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam - LPPSA
- SI2008 (18' x 55') TTD2017 (20' x 65') TJ2021 (20' x 65')
- Tenaga Nasional Berhad (JomPAY)
- Pengurusan Air Pahang (JomPAY)
- Laman Air Selangor (JomPAY)
- Indah Water Konsortium (JomPAY)
- Cukai Taksiran (SI JomPAY & TJ debit card)
- Cukai Taksiran (TTD JomPay)
- Cukai Tanah (SI & TJ)
- Cukai Tanah (TTD fpx)